+_wElcOmE_+

aku nk wt bnyk tutorial n nk share bnyk information tntg komputer, lagu, movie, and mcm2 lg.
tp smua bnda prlukan masa, harap bersabar ok?
Showing posts with label Operating System. Show all posts
Showing posts with label Operating System. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Cara Membuang Black Bars Pada Windows 7 Ketika Bermain Game

Pernah tak terjadi pada korang bila korang men game pada Windows 7, game 2 x full screen atau ada black bars ditepi? Benda nie pernah terjadi kat laptop aq. oleh itu, arinie aq nk wt tutorial tentang cara2 membuang black bars.

p/s : tutorial nie hanya boleh dibuat pada laptop @ pc yang menggunakan graphic card ATI sahaja.

1. Pertama sekali buka screen resolution dengan right click pada desktop. Selepas itu tukar resolution korang kepada resolution yang lebih rendah.
Cth : Screen Resolution bagi laptop aq 1366 x 768, selepas itu aq tukar kepada 1280 x 768.

2. Selepas itu klik apply dan keep changes.

3. Right klik sekali lagi dan pergi kepada Catalyst Control Center. Bagi yang tiada, korang boleh download driver di laman web AMD ataupun mana2 laman web yang menyediakan driver grafik laptop korang.

4. Selepas itu klik pada pilihan Advance dan tekan Next.

5. Dibahagian atas Catalyst Control Center terdapat beberapa pilihan. Pergi kepada Desktop & Displays dan klik pada configure.



6. Selepas itu, tukarkan kepada full screen pada scalling options.

7. Akhir sekali, tutup Catalyst Control Center dan right klik pada desktop. Pilih screen resolution. Tukarkan kembali kepada screen resolution yang recommended dan klik apply dan keep changes. Untuk mengetahui tutorial ini berjaya atau tidak buka mana2 game yang mempunyai black bars ditepi.

Selamat Mencuba !

Wednesday, March 30, 2011

Menukar Orb Pada Windows Start Orb Menggunakan StartOrbz

Mesti hampa kadang2 rasa bosan kan duk tngk "Windows Start Button" yang ada kt bwh 2 kan? Kali nie aq nk wt tutorial tentang StartOrbz. Mungkin ramai yang dh tahu, tp yg belum tahu, harap org boleh cuba buat hasil drpd tutorial aq.



1.Download StartOrbz : StartOrbz Download

(Bila korg klik link download di atas, ia akan mengambil sedikit masa untuk download. Harap bersabar kerana ianya adalah Direct Link)

2.Selepas tu, extract file yang telah didownload.


3.Selepas extract, hampa akan nmpk 2 StarOrbz iaitu version 2.1 dan version 3.1a. (Aq menggunakan version 2.1)

4.Selepas itu klik pada StartOrbz. (aq rekemenkan version 2.1)

5.Pada mula2 buka, StartOrbz akan tanya adakah anda mahu buat System Restore Point. Aq rekemenkan agar hampa membuat nie. Klu rosak @ xmenjadi, korg bleh guna System Restore Point ini untuk baiki semula Windows. Ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat System Restore Point.

6.Klik pada Import Genuine Creation
untuk memasukan gambar start orb yang mana anda rasakan menarik.

7.Apabila anda sudah memilih orb mana yang menarik, tkn arrow pada gambar orb 2 dan tekan apply.

8.Apabila sudah berjaya, gambar seperti dibawah akan muncul pada window start button anda.


9.Diingatkan bahawa gambar yang boleh dimasukkan kedalam StartOrbz hanyalah berformat PNG dan bersaiz 106 x 318 sahaja.

10.Dibawah nie aq nk bg gmbr yg aq gunakan pada Windows Start Button aq.


p/s : Korg bleh cri gmbr2 StartOrbz di laman web Devianart, SevenForums atau menggunakan Google Search.

(Masa nie aq menggunakan Windows 7. Aq xtau StartOrbz nie boleh digunakan pada Windows Vista @ XP)



Saturday, February 19, 2011

Cara-Cara Nak Install Mobile Broadband Kat Ubuntu 10.10

Bg os Ubuntu 10.10 @ mana2 free os, Mobile Broadband xbleh di install sesuka hati mcm kita install kt Windows. Nie aq nk ajr cra2 nk install Mobile Broadband kt Ubuntu 10.10.

1. Pergi kt wireless icon kt blah ats.


2.Pastu pergi kt VPN Connections > Configure VPN.

3.Pastu masuk kt "tab" Mobile Broadband dan tekan Add.

4.Sebelum itu, pastikan Mobile Broadband anda telah dipasang. Jika broadband anda telah di detect, gambar seperti di bawah akan muncul.


5.Selepas itu tekan Forward > Malaysia (Ikut negara anda) > Forward > Celcom (Ikut Internet Provider Mobile Broadband anda) > Forward.

6. Pilih default dan tekan Forward.


7.Apabila berjaya di install, gambar seperti bawah akan keluar, anda boleh menukar nama connection anda pada Connection Name.


8.Akhir sekali pergi ke Wireless icon anda dan klik pada nama Mobile Broadband yang anda telah install.




Wednesday, February 2, 2011

Linux Mint

Ini adalah 1 lg freeware OS(Operating System) iaitu Linux Mint. Linux Mint berkonsepkan OS Ubuntu tp telah diubahsuai serta menampilkan beberapa kelainan. Sekarang OS Linux Mint telah dikeluarkan pada edisi ke-10 yg iaitu Linux Mint 10 atau codenya "Julia". Ia adalah 1 freeware OS jadi xslh utk kita mencubanya. Oleh itu selamat mencuba.


Source @ Web Linux Mint - www.linuxmint.com

Sunday, January 30, 2011

Ubuntu 10.10

Setelah sekian lama aku x post apa-apa dalam blog aku, arine aku bertekad nak post sesuatu selepas membuat pembaharuan kepada blog aku. Harinie aku nk memperkenalkan edisi terbaru Ubuntu iaitu Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat atau nama gelarannya yang special iaitu "The Perfect Ten". Ia juga sesuai dengan tarikh yang dikeluarkan iaitu 10.10.20.10.



Sebelum itu ingin aku kenalkan apa itu Ubuntu. Ubuntu ialah sejenis OS (Operating System). Ia berfungsi sama seperti Windows @ Mac. Tapi kelebihan yang ada pada OS ini ialah OS ini adalah Percuma. Tujuan OS Ubuntu ini dicipta adalah bertujuan supaya OS Windows @ Mac tidak memonopoli pasaran OS yang dipasang dalam komputer.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba OS ini anda boleh download di web Ubuntu. Anda juga boleh memesan Os Ubuntu ini dari Ship-It. Sebelum anda mendownload @ memesan, OS Ubuntu ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti desktop (utk komputer @ laptop), netbook atau Server.

Selamat mencuba.